malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Icerd: Rusuhan hanya berlaku jika Zahid cetuskan, kata PM
Diterbitkan:  Nov 18, 2018 5:53 PM
Dikemaskini: 9:53 AM
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) tidak akan mencetuskan rusuhan, kecuali jika Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mahu mengapi-apikannya.

Beliau mengulas kenyataan Zahid bahawa orang Melayu akan mengamuk jika kerajaan meneruskan hasrat meratifikasi Icerd.

"Kecuali Zahid mencetuskan masalah, tidak akan berlaku rusuhan," katanya seperti dipetik Malay Mail.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2018 di Papua New Guinea.

Mahathir bagaimanapun mengakui isu itu sensitif di kalangan orang Melayu dan menjamin pandangan semua pihak akan diambil kira.

Antara bantahan yang disuarakan terhadap Icerd adalah ia akan menjejaskan hak dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun kerajaan berkata pengecualian boleh dibuat dalam ratifikasi itu.

Lihat Komen