malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib: Pekebun kecil merana harga minyak sawit merudum
Diterbitkan:  Nov 17, 2018 6:11 PM
Dikemaskini: 10:11 AM
ADS

Melihat harga minyak sawit yang jatuh, bekas perdana menteri Najib Razak runsing dengan nasib golongan pekebun kecil yang disifatkannya sebagai "merana."

"Harga telah tiba-tiba menurun dengan drastik selepas PRU14 berbanding tahun lepas.

"Berjuta ahli keluarga dari golongan pekebun kecil ini sedang merana ketika ini.

"Berjuta pekebun, peneroka, nelayan, kontraktor kecil dan peniaga kecil berdepan kesusahan pada masa yang amat mencabar hari ini," katanya pada suatu hantaran Facebook hari ini,

Bekas perdana menteri menyoal pentadbiran Pakatan Harapan yang menurutnya sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan tidak membantu golongan pekebun kecil mengatasi keadaan ini.

Najib terkejut harga buah tandan segar (BTS) gred C di Sabah jatuh daripada RM566 satu tan tahun lepas kepada RM349 satu tan minggu lalu dan malam tadi harganya jatuh lagi menjadi RM311.

"Tahun lepas harga rasmi BTS gred C di Sabah sebanyak RM566 satu tan tetapi telah jatuh kepada RM349 se tan minggu lepas.

"Semalam, harga ini jatuh lagi kepada RM311 satu tan. Satu angka rendah yang saya tidak pernah lihat selama 9 tahun saya sebagai Perdana Menteri.

Tolak kos, macam mana untung pekebun?

"Lebih parah lagi ialah harga masih dijangka menurun dan tidak mustahil jika harga rasmi BTS jakan di bawah RM300 tidak lama lagi.

"Tolak kos racun, baja dan kos pekerja, pekebun masih ada untung lagi?

"Menteri pertanian dan kerajaan PH buat apa selain mengeluarkan kenyataan mengeliru bahawa ekspot ada naik walaupun jelas ekspot dan harga telah tiba-tiba menurun dengan drastik selepas PRU14 berbanding tahun lepas," katanya.

Sebelum ini, Najib mengkritik Belanjawan 2019 berkata ia mengabaikan golongan petani, pekerja perladangan dan nelayan.

Bagaimanapun, pada Khamis lalu Anggota Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju untuk memberi peruntukan tambahan kepada nelayan, petani dan penternak bagi mengurangkan beban kos sara hidup.

Lihat Komen