malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ahli ucap tahniah pada Akmal selaku Ketua Pemuda PKR baru
Diterbitkan:  Nov 16, 2018 2:08 PM
Dikemaskini: 6:08 AM
ADS

Ahli-ahli Pemuda PKR (AMK) pagi ini dilihat mengucapkan tahniah kepada angota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir di atas pemilihannya sebagai ketua Pemuda baru parti itu walaupun keputusan rasmi belum diumumkan.

Keputusan pemilihan bagi jawatan berkenaan dijangka diketahui jam 5.25 petang hari ini di kongres sayap parti itu yang diadakan di Shah Alam.

Berita kemenangan Akmal mengalahkan pencabarnya, Afif Bahardin dengan majoriti tipis kurang 50 undi tersebar di kongres berkenaan sejak pagi ini

Ketika didekati wartawan, Akmal dan Afif yang kini menyandang timbalan ketua Pemuda, enggan mengulas lanjut.

"Mereka mungkin mendengar keputusan tidak rasmi," kata Akmal, sambil menambah bahawa jawatankuasa pemilihan akan mengumumkan keputusannya nanti.

Beliau berkata kedua-dua pihak perlu bergerak ke hadapan dan berdamai selepas pemilihan.

"Kami akan menunggu jawatankuasa pemilihan untuk mengumumkan keputusan itu," kata Afif.

Ditanya sama ada calon boleh mencabar keputusan pemilihan dalam kes satu pihak menang dengan majoriti tipis, Afif berkata, masih 'ada jalan dalam perlembagaan parti' untuk berbuat demikian)'.

"Saya tidak membincangkan perkara ini dengan panjang lebar kerana kami mahu menghabiskan kongres terlebih dahulu, dan kemudian lihat bagaimana ia berjalan," tambah Afif.

Lihat Komen