malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
ADS

PEMILIHAN PKR | Calon timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan menyindir pencabarnya Rafizi Ramli ketika berucap merasmikan kongres pemuda dan wanita PKR malam ini.

Bercakap pada majlis pembukaan kongres nasional PKR di Shah Alam, beliau berkata calon dan pemimpin parti telah menjelajah ke seluruh negara.

"Pimpinan dan calon-calon yang menawarkan khidmat untuk berbakti kepada perjuangan telah bertebaran di seluruh pelusuk negara dari Sungai Petani ke Johor Bahru, Gombak ke Pandan dan merentasi Laut Cina Selatan untuk berkampung di Tawau, Pensiangan dan Julau.

"Saya berharap semangat ini tidak bermusim dan akan terus mendampingi anggota untuk pengukuhan perjuangan PKR khususnya di negeri Sarawak yang akan menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi.

"Kita bukan sahaja mahu mengekalkan kemenangan di Ba’kelalan, Kerian dan Batu Lintang tetapi juga mengembangkan sokongan di majoriti Dewan Undangan Negeri Sarawak," ucap beliau.

Nama tempat kubu kuat Rafizi

Tempat-tempat yang disebut Azmin dalam ucapannya merujuk kepada kubu kuat Rafizi yang dijangka memberi banyak undi kepadanya.

Pada sidang akhbar selepas majlis perasmian, Azmin ditanya maksud beliau menyebut nama cabang PKR berkenaan.

Beliau menjawab cuma menyatakan fakta sahaja.

"Itulah mesej saya. Saya telah menjelajah ke seluruh pelusuk negara, dari utara ke selatan.

"Kenapa teruja apabila saya menyebut Julau? Itu memang fakta, semua kami telah berada di Julau, Pensiangan and Tawau. Saya tidak fikir itu membawa pesanan yang salah," jelasnya.

Azmin yang juga MP Gombak dan menteri hal ehwal ekonomi berkata ucapannya bertujuan untuk menggesa anggota parti bersiap menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

[Baca berita penuh]


 

Lihat Komen