malaysiakini logo
story-image
ADS

PEMILIHAN PKR | Calon timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyalahkan media kerana silap melaporkan kemenangan beliau pada pengundian parti yang baru berakhir.

"Itu kerana kesilapan pihak media memberi laporan yang tidak tepat.

"Saya tidak pernah claim victory sehingga pihak JPP mengumumkan secara rasmi.

"Kalau saudara melihat tweet saya, saya sekadar menyatakan Alhamdulillah dan saya syukur saya berterima kasih kepada anggota parti yang berjaya meneruskan agenda reformasi tulen.

"Di mana yang saya claim victory, cuma mungkin ada pihak yang tersilap dalam buat laporan saya maafkan,” kata beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan kongres pemuda dan wanita PKR yang ke-13 malam ini.

Pada Ahad lalu, Azmin membuat ciapan Twitter berikut:

"Alhamdulillah dan syukur. Terima kasih kepada semua anggota KEADILAN (PKR) yang bersama membingkai muafakat untuk meneruskan agenda reformasi tulen."

Azmin patuh peraturan JPP

Selanjutnya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika diminta mengulas mengenai laporan berita mengenai pihak yang telah merayakan kemanangan dalam pemilihan, beliau menjawab: “Alhamdulillah, saya tak tahu la macam mana (tetapi) kita belum sampai ke penghujung pemilihan.”

“Ala kadang-kadang orang macam excited, seronokkan,” katanya.

Bagaimanapun, Azmin menegaskan beliau tetap mematuhi prosedur dan peraturan pemilihan parti.

"Saya berharap lain kali berhati-hati dalam membuat laporan. Kerana saya tetap mematuhi prosedur dan peraturan parti dan kita menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) untuk melaksanakan tugas mereka.

"Selesai proses ini pasti JPP akan umumkan," jelasnya.

Azmin yang berhadapan cabaran sengit daripada pesaing Rafizi Ramli berkata bekas anggota parlimen Pandan itu masih diperlukan di dalam parti.

"Saya sangat yakin sahabat saya (Rafizi) mempunyai peranan di dalam parti. Beliau telah bersama parti untuk sekian lama.

"Saya pasti dapat bekerjasama dengan saudara Rafizi bagi memperkukuhkan parti dan bersiap untuk pilihan raya akan datang," katanya.

MP Gombak yang juga bekas menteri besar Selangor itu percaya Rafizi memiliki kefahaman baik terhadap perjuangan reformasi dan sangat diperlukan di dalam PKR.

"Sudah pasti kami perlukan setiap sumbangan daripada Rafizi dan juga pihak lain [...] untuk memperkukuhkan parti," katanya lagi.

[Baca berita penuh]


 

Lihat Komen