malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM tahan 2 anggota polis disyaki rasuah
Diterbitkan:  Nov 15, 2018 8:28 PM
Dikemaskini: 12:28 PM
ADS

Dua anggota polis yang bertugas di Balai Polis Permas Jaya, di Johor Bahru, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada orang awam.

Menurut sumber, suspek perempuan (52 tahun) dan lelaki (29 tahun) berpangkat Koperal dan Lans Koperal itu ditahan pada 9.55 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek dikatakan meminta wang berjumlah RM6,000 dan menerima wang rasuah SGD1,700 dan RM200 daripada orang awam sebagai balasan untuk menyelesaikan dua kes dikehendaki (wanted) membabitkan kejadian gaduh.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda jumlah suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

- Bernama

Lihat Komen