malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Keputusan muktamad pindah kedutaaan Australia ke Baitulmaqdis - 25 Dis
Diterbitkan:  Nov 15, 2018 12:59 PM
Dikemaskini: 4:59 AM
ADS

GLOBAL l Parti Buruh Australia (ALP) mahu Perdana Menteri Scott Morrison membatalkan rancangannya memindahkan kedutaan negara itu di Israel ke Baitulmaqdis.

Jurucakap Hal Ehwal Luar parti pembangkang itu Penny Wong pada Khamis mengatakan, langkah memindahkan kedutaan Australia dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tidak perlu kerana ia boleh membahayakan hubungan Australia dengan Indonesia.

Sementara itu, menurut Morrison keputusan muktamad berhubung perkara tersebut akan dibuat pada 25 Disember, selepas bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Oktober, beliau "terbuka" dalam hal itu, menjadikan Australia negara kedua di dunia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, selepas Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Kerajaan Indonesia menolak cadangan itu dengan alasan majoriti Islam konservatif di negara tersebut tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Morrison mengumumkan perkara berkenaan beberapa hari selepas beliau dan Widodo bersetuju dengan perjanjian perdagangan bebas yang mengambil masa bertahun lamanya untuk diselesaikan.

- Bernama

Lihat Komen