malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

Timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap spekulasi rombakan kabinet oleh Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menyerahkan hal itu kepada perdana menteri.

“Tanya perdana menteri, saya kena pergi,” jawabnya ringkas kepada pemberita di parlimen hari ini.

Spekulasi rombakan kabinet bermula apabila Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat selepas menang dalam pilihan raya kecil Port Dickson.

Khabar angin semakin kencang apabila Dr Mahathir dalam temu bualnya bersama akhbar Singapura, The Straits Times, tidak menolak jika ada pihak mahu mengemukakan calon tertentu untuk dimasukkan ke dalam kabinet.

“Mereka boleh menghantar nama, mereka boleh mengetengahkan hal mereka. Saya juga mempunyai pandangan tersendiri.

“Secara prinsipnya, kabinet ini dipengerusikan oleh saya sebagai perdana menteri dan memerlukan orang yang saya selesa.

“Jadi sama ada saya menerima calon-calon daripada mereka, ia bergantung kepada saya untuk memutuskannya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, beberapa menteri menafikan dakwaan tersebut, antaranya Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun.

Lihat Komen