malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Zainul Rijal: Liberalisme, pluralisme kesalahan jenayah
ADS

Penyebaran fahaman “liberalisme dan pluralisme” adalah satu jenayah pemikiran yang boleh diambil tindakan berdasarkan perundangan syariah dan sivil, kata Zainul Rijal Abu Bakar.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia berkata berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan kedudukan Islam dalam perlembagaan negara, penyebaran fahaman berkenaan adalah ditegah.

Jelas beliau, penyebaran faham terbabit bukan saja boleh menyelewengkan akidah umat Islam, malah boleh membawa kepada perpecahan masyarakat serta mendorong keganasan.

"Doktrin pluralisme dan liberalisme sudah pun dijadikan kesalahan jenayah dan boleh didakwa sama ada di mahkamah syariah mahupun sivil.

"Sehingga kini empat negeri yang masih belum memiliki undang-undang berkenaan iaitu Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

"Saya sangat setuju bahawa pluralisme dan liberalisme ini adalah satu kesalahan jenayah pemikiran dan undang-udang sedia ada perlu ditambah baik untuk memberi kuasa kepada pihak berkuasa agama dan polis," katanya.

Zainul berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Program Multaqa Sultan Shafaruddin Idris Shah dan Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Ancaman Terhadap Akidah dan Pelancaran Buku Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Hadir sama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abd Wahid.

Sementara itu, mengambil contoh Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, Zainul memberikan tujuh seksyen yang boleh digunakan bagi mendakwa pihak yang menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme.

Antaranya, seksyen 7 (doktrin palsu); seksyen 13 (pendapat yang bertentangan fatwa); seksyen 14 (mengajar tanpa tauliah); seksyen 5 (kesalahan mendedahkan orang Islam berumur di bawah 18 tahun kepada pengaruh-pengaruh agama bukan Islam).

Lihat Komen