malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mendiang bapa ayam terpilih jadi wakil rakyat
Diterbitkan:  Nov 8, 2018 9:47 PM
Dikemaskini: 1:47 PM
ADS

GLOBAL |  Tuah ayam biasanya dikatakan orang dapat dilihat pada kaki, tetapi bagi seorang lelaki di Nevada ia mungkin terletak pada rangkaian rumah pelacuran miliknya.

Namun 'tuah' itu hanya hadir selepas kematiannya.

Dennis Hof menyertai pilihan raya bagi Daerah Ke-36 Nevada mewakili parti Republikan. Lawannya ialah seorang pendidik, Lesia Romanov dari parti Demokrat.

Kawasan berkenaan memang menjadi kubu kuat Repulikan sejak sekian lama.

Sebelum meninggal dunia bulan lalu Hof sempat muncul dengan gaya seperti Presiden Donald Trump.

Selepas keputusan diumumkan pada Selasa lalu, Hof memperoleh undi lebih banyak untuk mengatasi Lesia.

Untuk rekod kawasan yang ditandingi Hof itu turut meliputi komuniti luar bandar dan banyak padang pasir. Ia terletak di selatan Nevada.

Hof mati pada 16 Okt lalu iaitu selepas mengadakan parti hujung minggu untuk meraikan hari lahirnya yang ke-72.Punca kematian masih disiasat namun polis yakin tiada unsur khianat di sebaliknya.

Menurut laporan Time, pihak berkuasa akan melantik seorang pemangku bagi menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di situ.

Selain menyertai politik Hof mengendalikan sejumlah rumah pelacuran di Nevada.

Semasa hayatnya Hof pernah membintangi siri realiti saluran HBO, Cathouse serta menulis buku bertajuk The Art of the Pimp.

Hof mati di salah satu rumah pelacuran miliknya yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Negara. Mayatnya ditemui salah seorang pelakon filem lucah serta pelacur yang bekerja di situ.

Lihat Komen