malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyuarakan keraguannya terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

"Kita kena timbang sebab ada peruntukan-peruntukan yang tidak sesuai dengan negara kita," katanya kepada media ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan mengenai konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu.

Sebelum ini, pada 30 Oktober lalu, Mahathir berkata kerajaan hanya akan meratifikasi Konvensyen ICERD selepas berbincang dengan semua kaum.

"Perkara ini bukan mudah bagi Malaysia kerana di Malaysia terdapat pelbagai kaum.

"Masing-masing sensitif terhadap perkara-perkara tertentu," katanya.

Pada September lalu, ketika hadir Persidangan Agung PBB yang ke-73, perdana menteri berkata Malaysia akan meratifikasi kesemua konvensyen antarabangsa mengenai hak asasi manusia selepas mengkajinya secara mendalam.

"Dalam konteks ini kerajaan baru Malaysia berikrar akan meratifikasi semua instrumen PBB yang berkaitan dengan perlindungan hak asasi manusia tetapi masih belum diperakui negara.

"Bagaimanapun, hal ini tidak mudah kerana Malaysia sebuah negara majmuk dengan pelbagai etnik, agama, budaya dan bahasa.

"Kami akan menyediakan ruang dan masa kepada semua pihak untuk mengkaji dan untuk memutuskan secara bebas berdasarkan demokrasi," katanya ketika berucap di New York.

Pada 6 November lalu, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata akan menolak proses meratifikasi Icerd jika ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam, dan mana-mana hak termaktub dalam perlembagaan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen