malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pemilihan PKR Sabah selesai
Diterbitkan:  Nov 4, 2018 8:43 PM
Dikemaskini: 12:43 PM
ADS

PEMILIHAN PKR | Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang dijalankan dalam dua fasa berakhir hari ini apabila kesemua 25 cabang parti selesai menjalankan proses itu.

Pusat pemilihan di kesemua 13 cabang PKR Sabah yang menjalankan proses pengundian fasa kedua ditutup 5 petang tadi.

Proses pengundian yang bermula seawal jam 9 pagi itu melibatkan Putatan; Penampang; Kimanis; Papar; Tenom; Pensiangan; Kudat; Kota Belud; Ranau; Beluran; Kinabatangan; Silam; dan Semporna.

Semalam, fasa pertama proses pemilihan parti itu berlangsung di 12 cabang iaitu Kota Kinabalu; Sepanggar; Tuaran; Kota Marudu; Sandakan; Libaran; Batu Sapi; Tawau; Kalabakan; Keningau; Sipitang; dan Beaufort.

Ketua Koordinator Pemilihan PKR Sabah Rosli Masaliku berkata proses pemilihan di kesemua 13 cabang berkenaan berjalan lancar serta teratur tanpa berlaku sebarang perkara tidak diingini.

“Dianggarkan lebih kurang 30 peratus daripada jumlah anggota di setiap cabang tersebut telah keluar mengundi pada hari ini manakala 40 peratus anggota parti keluar mengundi pada fasa pertama semalam,” katanya kepada Bernama.

Rosli berkata keputusan rasmi pemilihan parti bagi kesemua cabang di Sabah akan dipaparkan di laman web Pemilihan Keadilan 2018, mulai esok.

- Bernama


 

Lihat Komen