PEMILIHAN DAP | Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen dipilih semula sebagai pengerusi DAP Sarawak bagi penggal 2018-2020.
Chong, yang juga Anggota Parlimen Stampin, memegang jawatan tersebut sejak 2013.
Pemilihan Chong dan 14 lagi anggota jawatankuasa DAP negeri itu diadakan sempena Konvensyen Biasa DAP Sarawak ke-18 di Kuching hari ini.
Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Penganjuran Kebangsaan DAP, Anthony Loke, yang juga Menteri Pengangkutan.
Barisan Jawatankuasa DAP Sarawak penggal 2018-2020:
Penasihat: Chong Siew Chiang
Pengerusi: Chong Chieng Jen
Timbalan Pengerusi: David Wong Kee Woan
Naib Pengerusi: Mordi Bimol; Wong King Wei;
Setiausaha: Alan Ling Sie Kiong
Penolong Setiausaha: Kelvin Yii Lee Wuen
Bendahari: Wong Ling Biu
Setiausaha Penganjuran: Violet Yong
Penolong Setiausaha Penganjuran: Kiung Teck Chang: Ung Cheng Chak
Setiausaha Publisiti: Alice Lau Kiong Yieng
Pengarah Pendidikan Politik: Dr Ting Tiong Choon;
Setiausaha Hal Ehwal Wanita: Irene Chang Oi Ling
Ahli Jawatankuasa: Dr John Brian; Julian Tan Kok Ping; Co-Option Chiew Chiu Sing; Leon Jimat Donald; Richard Lias; Dr Baru Langub; Oscar Ling.
- Bernama

