malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Senarai keanggotaan PKR mungkin dimanipulasi'
ADS

EKSKLUSIF | Pegawai penyiasat percaya terdapat unsur rasuah dalam mendaftar pengundi hantu dalam senarai keanggotaan PKR, kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tindakan itu, kata sumber, didakwa dilakukan untuk memanipulasi sistem e-undi menggunakan "pengundi hantu" yang sudah didaftar sebagai anggota parti.

"Kami percaya pihak yang terbabit, apa yang mereka cuba lakukan, adalah memanipulasi sistem e-undi menggunakan butiran pengundi hantu yang sudah didaftar sebagai anggota PKR.

"Ia dilakukan dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan butiran pengundi hantu untuk mengundi untuk mereka memandangkan semuanya dilakukan atas talian dalam pemilihan ini," kata sumber.

Bagaimanapun, sumber enggan mendedahkan pihak atau kem yang terlibat dalam percubaan memanipulasi pemilihan PKR itu.

Sumber juga mendedahkan bahawa SPRM sedang menyiasat sama ada rasuah diberikan kepada individu yang identitinya digunakan sebagai pengundi hantu.

Pegawai penyiasat, katanya, kini sedang mengesan beberapa individu yang dipercayai bertanggungjawab mengumpul butiran peribadi "pengundi hantu" berkenaan.

"Kami menerima maklumat bahawa sesetengah mereka sudah bersembunyi selepas laporan kepada SPRM berhubung perkara ini dibuat," kata sumber.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat unsur rasuah dalam keanggotaan PKR.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

SPRM sebelum ini dilapor menahan anggota PKR yang bertanggungjawab terhadap pendaftaran keanggotaan partinya atas tuduhan mendaftar pengundi hantu.

SPRM juga mengunjungi ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada Khamis lalu dan merampas beberapa dokumen sebelum memanggil salah seorang kakitangan parti itu untuk disoal siasat. 

Lihat Komen