BERITA

Fasa pertama pemilihan PKR Sabah ditutup

3 11月 2018, 8:59 早上

Dikemaskini 2 tahun lepas

A
+
A
-

PEMILIHAN PKR | Pusat pengundian fasa pertama di semua 12 cabang PKR Sabah hari ini ditutup pukul 4 petang tadi.

Ketua Koordinator Pemilihan PKR Sabah, Rosli Masaliku berkata proses pengundian di semua cabang berkenaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

"Sepatutnya pusat pengundian ditutup pada pukul 3 petang tadi namun ada beberapa cabang yang telah memulakan proses pengundian bermula pukul sembilan pagi dan ditutup pukul 4 petang.

"Kini kita sedang melakukan pengiraan undi dan keputusan dapat diperolehi dalam masa satu atau dua jam," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata dianggarkan lebih 40 peratus daripada jumlah anggota di 12 cabang berkenaan telah keluar menggundi dan dan jumlah itu sangat menggalakkan.

Dua belas cabang berkenaan ialah Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu, Beaufort, Sipitang, Keningau, Libaran, Batu Sapi, Sandakan, Tawau dan Kalabakan.

Beliau berkata pengundian fasa kedua esok melibatkan 13 lagi cabang yang iaitu Kudat, Kota Belud, Putatan, Penampang, Kimanis, Ranau, Beluran, Tenom, Pensiangan, Kinabatangan, Silam, Semporna dan Papar.

- Bernama


 

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.