malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pemimpin HARAPAN cari jalan atasi isu PTPTN
ADS

Pakatan Harapan (HARAPAN) akan membincangkan isu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas ia dibangkitkan dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan semalam.

Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata antara aspek yang akan diperhalusi di kalangan pemimpin HARAPAN ialah percanggahan di antara janji dirangka dalam manifesto serta dasar terkini kerajaan mengenai PTPTN.

Katanya isu itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN petang ini.

"Saya tahu perkara itu (perbezaan di antara manifesto dan dasar semasa kerajaan) perlu diperhatikan.

"Memang ada kelainan dari segi pelaksanaan," katanya kepada media selepas menyaksikan perasmian Kempen Gaya Hidup Sihat di Shah Alam hari ini.

Untuk rekod Dzulkefly ialah salah seorang panel pemimpin HARAPAN yang bertanggungjawab merangka manifesto menjelang PRU ke-14 pada 9 Mei lalu.

Beliau mewakili Parti Amanah Negara (AMANAH).

Semalam Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan skim baru pembayaran balik pinjaman PTPTN semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat.

Kata Lim pembayaran semula itu akan dibuat melalui pemotongan berjadual pada kadar di antara dua dan 15 peratus daripada gaji peminjam.

Kaedah itu katanya akan dilaukan ke atas peminjam yang memperoleh pendapatan bulanan RM1,000 atau lebih. Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan sama ada ia bersifat mandatori atau tidak.

Melalui Manifesto HARAPAN pula gabungan itu berjanji untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi lepasan institusi pengajian tinggi yang bergaji di bawah RM4,000.

HARAPAN juga berikrar memadamkan nama pemimjan yang belum membuat bayaran daripada senarai hitam Jabatan Imigresen menyebabkan mereka tidak dapat ke luar negara.

Menurut Dzulkefly walaupun pengumuman dibuat Lim semalam kelihatan bercanggah dengan apa yang ditawarkan HARAPAN sebelum ini namun matlamat yang ingin dicakap tetap sama, iaitu membantu peminjam PTPTN.

"Isu ini akan dibawa (untuk perbincangan) kawan-kawan pimpinan dalam HARAPAN dan diusulkan dalam agenda (mesyuarat) petang ini," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen