malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M tak diberitahu pemukiman pemimpin M'sia-S'pura ditangguh
Diterbitkan:  Oct 30, 2018 12:21 PM
Dikemaskini: 4:21 AM
ADS

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak diberitahu Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke 9 telah ditunda.

"Ini kali pertama saya mendengar mengenai perkara itu. Saya tidak terbaca berita tentang itu," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan sidang antirasuah di Kuala Lumpur.

Kementerian Luar Singapura kelihatan secara sepihak mengumumkan keputusan menangguhkan pertemuan itu dua hari yang lalu.

Awalnya, Mahathir dijangkakan akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong di Putrajaya pada bulan hadapan walaupun tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin dijangkakan bertemu semasa Sidang Kemuncak Asean ke 33 di Singapura di antara 11 November ke 15 November.

Lihat Komen