malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ganti Dr M: Anwar sangkal ulangan 'konspirasi' 1998
ADS

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tiada sebab untuk meragui janji parti-parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN), susulan desas-desus berkenaan cubaan dalaman untuk menghalangnya menjadi perdana menteri.

Mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan BERSATU cuba menarik anggota parlimen daripada partinya, Anwar hanya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan anggota parlimen Ketereh itu.

"Saya berterima kasih (kerana) dia prihatin," katanya mengulas Annuar yang mendakwa BERSATU berbuat demikian untuk mengukuhkan kedudukannya berbanding PKR dalam HARAPAN.

"Itu semua bacaan, tafsiran media yang percaya ada rancangan lebih besar, konspirasi ulangan 1998. (Tetapi) saya tiada sebab untuk mencurigai perjanjian persahabatan HARAPAN," katanya ketika ditemui di Parlimen.

Anwar merujuk perjanjian di kalangan parti komponen HARAPAN bahawa beliau akan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, yang dibuat sebelum PRU ke-14 dan ketika beliau masih dalam penjara.

Ketika pentadbiran BN, beliau sememangnya menjadi calon perdana menteri bagi gabungan pembangkang sehinggalah dipenjarakan dan tidak boleh bertanding dalam PRU ke-14.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen