malaysiakini logo
story-image
ADS

PEMILIHAN PKR | Pada minggu ketiga - dan terakhir untuk Selangor - pemilihan partinya Rafizi Ramli hari ini mengakui pola sokongan anggota PKR kini memihak kepada Datuk Seri Azmin Ali.

Azmin sedang mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden manakala Rafizi tampil untuk mencabar bagi tempat kedua PKR berkenaan.

Kata Rafizi dia memang sudah menjangkakan gagal mendapat sokongan majoriti anggota PKR di Selangor

"Saya rasa peluang di Selangor ini 55:45. Lima puluh lima peratus untuk Azmin," katanya kepada media di luar pusat pengundian Cabang Pandan hari ini.

Bagaimanapun kata Rafizi melihat kepada kedudukan semasa dia tidak menyangka tertinggal kurang daripada 1,000 undi berbanding Azmin.

"Dalam PKR ramai yang berasakan saya akan kalah kira-kira 5,000 undi diberbandingkan dengan Azmin kerana beliau pengerusi PKR Selangor sejak 1998.

"Beliau juga menteri besar Selangor.

"(Sepatutnya) paling kurang saya dah kalah 5,000 undi di Selangor," katanya.

Justeru kata bekas anggota parlimen Pandan itu dia bersikap positif kerana pola pengundian di negeri lain secara umum memihak kepadanya.

Rafizi juga percaya kegagalannya di Selangor tidak bermakna cubaannya menjadi timbalan presiden PKR sudah berakhir.

"Hari ini pengundian terakhir di semenanjung.

"Kalau misalnya (keputusan hari ini) saya (dapat undi) lebih kurang sama dengan Azmin ataupun saya ketinggalan sedikit sahaja, itu akan beri peluang besar di Sabah dan Sarawak.

"Sabah dan Sarawak dijangka akan lebih cenderung kepada saya sedikit," katanya.


 


[Baca berita penuh]

Lihat Komen