Pengiklanan

    Laporan: SPRM tahan pegawai polis berpangkat Datuk

    (Dikemaskini )

    Seorang pegawai polis berpangkat Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM103,000 pada Ogos 2017.

    Menurut laporan Utusan Malaysia, pegawai berusia 56 tahun itu ditahan kira-kira pukul tujuh malam ketika memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

    Menurut sumber yang dipetik laporan itu, suspek meminta rasuah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang anggota polis berpangkat korperal.

    "Anggota tersebut dikatakan telah mengambil upah dalam urusan pengurangan saman. Suspek dijangka didakwa di Mahkamah Majisteret Putrajaya esok," kata sumber itu lagi, seperti dipetik.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih