Pengiklanan

    SPRM ambil dokumen di rumah Irwan Serigar

    (Dikemaskini )

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengiringi bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah kembali ke rumahnya di Presint 8 di sini, dipercayai bagi mengambil dokumen.

    Kenderaan pelbagai guna yang dinaiki pasukan lima pegawai SPRM bersama-sama Mohd Irwan Siregar tiba di kediaman itu pada kira-kira 4.30 petang.

    Mereka dilihat keluar dari kediaman itu kira-kira 15 minit kemudian bersama-sama Mohd Irwan Siregar yang dibawa semula ke ibu pejabat SPRM.

    Ketika keluar dari rumah berkenaan, pegawai SPRM dilihat membawa satu beg bimbit dan dua pasang kot dipercayai milik Mohd Irwan Siregar.

    Sedikit kekecohan berlaku apabila kehadiran wartawan dan jurugambar di luar kediaman untuk merakam kehadiran SPRM itu dihalang oleh anggota keluarga Mohd Irwan Serigar yang turut meminta agar visual dan gambar yang dirakam dipadamkan.

    Sebelum itu pada kira-kira 3.30 petang, Mohd Irwan Siregar dipanggil ke ibu pejabat SPRM bagi melengkapkan proses akhir siasatan.

    Menurut kenyataan SPRM, Mohd Irwan Siregar dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa esok berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia.

    -Bernama

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih