malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib tiba di SPRM beri keterangan urus niaga 1MDB, IPIC
ADS

Datuk Seri Najib Razak tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada pukul 1.55 tengah hari tadi bagi memberi keterangan berhubung urus niaga 1MDB dengan International Petroleum Investment Co (IPIC).

Memakai sut biru gelap, bekas perdana menteri itu tiba dengan menaiki kereta SUV Audi Q7 bersama seorang pembantu.

Semalam, SPRM dilaporkan memanggil Najib dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah bagi membantu siasatan berkenaan perkara itu.

Irwan pula tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 3.25 petang dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna hitam.

Berkemeja putih sambil membawa sepasang kot hitam, ketibaannya disambut beberapa pegawai SPRM yang kemudian mengiringinya masuk.

Ini merupakan kali ketika SPRM memanggil Najib berhubung urus niaga 1MDB dengan IPIC - syarikat berpangkalan di Abu Dabhi - untuk bulan ini.

Dalam kes sebelum ini, melibatkan 1MDB dan SRC International, SPRM telah menahan Najib semalaman sebelum mendakwanya di mahkamah keesokannya.

Menurut laporan, Najib bakal berdepan enam lagi pertuduhan pada Khamis ini, menjadikan jumlah keseluruhan 38 pertuduhan yang dihadapinya.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen