malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Calon presiden MCA: Jika saya menang, MCA keluar BN
ADS

PEMILIHAN MCA | Calon presiden MCA Gan Ping Sieu berkata jika beliau menang saingan jawatan tersebut, sehari selepas itu beliau akan membawa parti berkenaan keluar BN.

Terdahulu, beliau mencadangkan suatu referendum diadakan bagi menentukan jika parti tersebut patut kekal sebagai komponen BN.

Gan, yang mengumumkan manifesto beliau di Wisma MCA di Jalan Ampang hari ini, berkata cadangan itu penting untuk membolehkan MCA menjadi bebas dan yakin diri.

"Ini adalah perkara pertama yang akan kami lakukan jika pasukan kami memenangi pilihan raya.

"Untuk kekal di dalam BN bermaksud dijatuhkan hukuman mati. Kami hanya akan berpeluang jika kami meninggalkan (gabungan itu)," katanya.

Gan berkata hal ini disebabkan beberapa salah laku pemimpin Umno serta kerjasama antara Umno dan PAS yang telah melanggar prinsip asas BN.

Patut keluar sehari lepas PRU 9 Mei

"Prinsip kami adalah untuk mengekalkan dan mempertahankan nilai-nilai sederhana dan sistem sekular negara.

"Apabila rakan perikatan kami berpaling ke sayap kanan (ideologi politik), ia telah melanggar nilai kami.

"Kami berharap bahawa akar umbi akan menganggap pilihan raya parti ini sebagai referendum," katanya.

Sementara itu, Gan memberitahu anggota MCA agar tidak bimbang tentang kelangsungan hidup parti itu.

"Selagi kita boleh memenangi semula kepercayaan rakyat dan mendapat sokongan daripada pengundi, kita tidak perlu risau," jelasnya.

Gan juga menafikan beliau dipengaruhi oleh pemimpin MCA yang lain.

Beliau merujuk kepada wawancara bekas presiden MCA Chua Soi Lek yang memberitahu Malaysiakini bahawa parti itu sepatutnya keluar dari BN pada 10 Mei lalu, sehari selepas pilihan raya umum ke-14.

Chua berkata MCA tidak perlu membuat referendum untuk membuat keputusan seperti itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen