malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M: Saya tak jamin dapat pilih pengganti yang baik
Diterbitkan:  Oct 22, 2018 9:44 PM
Dikemaskini: 4:09 PM
ADS

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan beliau tetap berpegang kepada janji bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih kepimpinan negara selepas beliau berundur kelak, lapor Bernama.

Namun demikian, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa individu yang layak menjadi penggantinya.

“Saya tidak dapat tidak akan pergi, tentu akan ada pengganti… kalau orang ramai nak Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai perdana menteri) mereka berhak dapat dia.

"Saya tidak boleh jamin (bakal pengganti menjadi perdana menteri yang baik) macam saya dulu pilih Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) saya ingat dia baik tapi tengoklah apa dia buat.

“Begitu juga Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) anak Tun Abdul Razak, tetapi tengoklah… tetapi setakat ini, janji saya selepas saya letak jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih, terpulang pada rakyat untuk tentukan,” Mahathir dipetik berkata pada program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Dewan Karangkraf di Shah Alam, hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

 

Lihat Komen