malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pengerusi PKR Melaka dakwa ada calon tawar rasuah RM50
Diterbitkan:  Oct 20, 2018 7:01 PM
Dikemaskini: 11:06 AM
ADS

PEMILIHAN PKR | Penyandang Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa telah mengesan sekurang-kurangnya satu insiden politik wang dalam pemilihan parti peringkat negeri itu yang berlangsung hari ini.

Shamsul yang juga timbalan menteri industri utama berkata, beliau menerima laporan bahawa seorang calon jawatankuasa cabang di Tangga Batu memberikan RM50 kepada anggota agar mengundinya.

"Saya terima laporan (pada Jumaat) dan saya boleh beritahu yang kami sedang menyiasat perkara itu.

"Jika dakwaan itu terbukti benar, kami akan bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya seperti dipetik New Straits Times hari ini.

Ini bukan kali pertama dakwaan politik wang dikaitkan dengan pemilihan PKR kali ini.

Pada 15 Oktober lalu, calon timbalan presiden Rafizi Ramli memberi amaran bahawa wang sedang diagihkan untuk membeli undi pada pemilihan itu.

Rafizi juga mendakwa ada yang menjanjikan projek kepada anggota untuk mendapatkan undi.

Azmin Ali yang mempertahankan kerusi timbalan presiden telah menasihatkan agar ahli muda mencontohi pengasas parti yang telah berjuang selama 20 tahun tanpa menggunakan wang dan kuasa.

Lihat Komen