malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Laporan: PM arah naik umur minimum kahwin ke 18 tahun
Diterbitkan:  Oct 20, 2018 4:27 PM
Dikemaskini: 8:31 AM
ADS

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan semua kerajaan negeri di Malaysia untuk menaikkan umur minimum perkahwinan ke 18 tahun untuk orang Islam dan bukan Islam, lapor media tempatan.

Malay Mail memetik Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam Pulau Pinang, Chong Eng mengsahkan perkara ini.

Laoran itu berkata arahan tersebut disampaikan ketika mesyuarat exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow semalam.

"Benar, Ketua Menteri Chow melaporkan (arahan itu) kepada mesyuarat exco semalam," kata beliau, petik laporan itu.

Arahan itu keluar selepas Mahathir mempengerusikan mesyuarat ke-123 Menteri Besar dan Ketua Menteri di Perdana Putra pada Selasa lalu yang merupakan mesyuarat pertama sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.

Menjawab soalan jika terdapat tempoh bagi melaksanakan perubahan ini, Chong dipetik berkata terserah kepada masing-masing negeri untuk memproses arahan berkenaan.

Beliau berkata Pulau Pinang telah bersetuju untuk meningkatkan umur minimum perkahwinan dari 16 ke 18 tahun dan telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) untuk mengemukakan laporan sebelum keputusan dimuktamadkan.

"Setakat hari ini, laporan itu belum selesai," katanya.

Beliau juga berkata pejabat setiausaha kerajaan negeri dan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga telah diarahkan untuk memproses arahan Mahathir.

Lihat Komen