Pengiklanan

    SPRM sahkan MyEG tak disiasat dalam dakwaan terhadap Zahid

    (Dikemaskini )

    MyEG Services Bhd telah menerima surat pengesahan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa syarikat itu dan ahli lembaga pengarahnya tidak termasuk dalam siasatan berkaitan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

    Perkara itu diumumkan kepada Bursa Malaysia petang tadi. Syarikat itu juga mengumumkan dagangan sahamnya akan diteruskan Isnin ini.

    Terdahulu, dagangan saham MyEG digantung selepas nilainya menjunam susulan berita pertuduhan terhadap Zahid.

    Zahid antara lain didakwa menerima RM13.25 juta daripada sebuah syarikat bernama Mastoro Kenny IT Consultant & Service untuk membantu mendapatkan projek daripada MyEG.

    Tidak banyak yang diketahui tentang Mastoro melainkan pemiliknya turut mempunyai syarikat tekstil dan didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram pada Mac lalu.

    Zahid hari ini dihadapkan dengan 45 pertuduhan - 27 pertuduhan pengubahan wang haram, sepuluh untuk pecah amanah jenayah dan lapan untuk menerima rasuah.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih