malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM siasat Najib lagi susulan 'maklumat baru'
Diterbitkan:  Oct 18, 2018 3:46 PM
Dikemaskini: 7:48 AM
ADS

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kali keenam untuk berdepan siasatan kes berkaitan 1MDB.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Najib dipanggil memberi keterangan berkaitan bayaran 1MDB kepada International Petroleum Investment Company (Ipic).

“Beliau dipanggil lagi hari ini susulan maklumat baru penyiasat kes 1MDB,” kata sumber.

Difahamkan anggota parlimen Pekan menghabiskan tiga jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Sumber berkata siasatan hari ini ialah kesinambungan kepada soal jawab Selasa lalu.

Beliau ketika itu menghabiskan masa hampir tujuh jam berdepan pegawai penyiasat.

Najib dipanggil bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, berkaitan dakwaan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan, menurut sumber.

Sumber-sumber juga memberitahu Malaysiakini bahawa Najib akan berdepan lebih banyak pendakwaan di mahkamah.

Beliau setakat ini telah didakwa dengan 32 pertuduhan. Sebanyak 25 pertuduhan berkaitan dakwaan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitan 1MDB.

Tujuh lagi berkaitan bekas anak syarikat 1MDB SRC International melibatkan dakwaan pertuduhan pengubahan wang haram, salah guna kuasa dan pecat amanah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen