malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bilal Philips fail notis bankrap pada Zamihan
ADS

Peguam mewakili pendakwah Kanada Abu Ameenah Bilal Philips memfailkan prosiding muflis terhadap penceramah tempatan Zamihan Mat Zin.

Ini kerana Zamihan gagal membayar jumlah kerugian yang tidak didedahkan kepada Bilal Philips mengikut masa yang dijanjikan yang dikatakan sudah hampir dua bulan.

Notis bertarikh 3 Oktober difailkan peguam Messrs Raja Faisal Iqbal & Meor yang mewakili Bilal Philips.

Hal tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan penolang pendaftar kanan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Oktober ini.

Bilal Philips ialah Canselor Islamic Online University dan telah menulis lebih 50 buku tentang Islam dan terlibat dengan pelbagai program televisyen Islamik seperti "Peace TV", "Huda TV" dan "The Deen Show, Chicago".

Penceramah popular itu memegang ijazah sarjana muda dari Universiti Islam Madinah, ijazah sarjana dari King Saud University dan doktor falsafah dari University of Wales, Trinity Saint David, dan tersenarai dalam 500 tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia untuk tahun ini.

Mohon maaf, tarik balik kenyataan

Dilaporkkan pada 31 Julai lali Bilal Philips telah menyelesaikan samannya dengan Zamihan selepas pegawai Jakim itu bersetuju untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dimuatnaik di Facebook pada November 2016 mengenai pendakwah Kanada itu.

Zamihan yang kini menjawat Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mendakwa dalam hantarannya Bilal Philips merupakan penyokong keganasan antarabangsa.

Ketika itu, pendakwah Kanada itu dijadualkan menyampaikan syarahan pada majlis ceramah di Perlis.

Pendakwah kelahiran Jamaica itu berkata tuduhan Zamihan bahawa beliau adalah penyokong keganasan adalah palsu, fitnah dan tidak berasas, memandangkan beliau sentiasa mempromosikan keamanan dan pemahaman Islam dan menolak keganasan yang dibuat atas nama agama.

Beliau juga berkata, tuduhan Zamihan bermaksud beliau secara aktif terlibat dalam keganasan dan menjadi matlamat ceramahnya.

Bilal berkata tidak ada kaitan dengan keganasan dan malahan mendakwa Islamic State (IS) menjadikan dirinya sebagai sasaran.

"Tak logik jika saya mempromosikan (keganasan). Mereka (IS) cuba untuk membunuh saya," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen