malaysiakini logo
story-image
ADS

EKSKLUSIF | Kerajaan akan menubuhkan tribunal bagi menyiasat dakwaan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia termasuklah bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh SPR dan kemungkinan penglibatan pesuruhjayanya, terutamanya ketika pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

Langkah itu dilihat sebagai memastikan pembaharuan sistem pilihan raya dapat dilaksanakan, dan juga bagi menyingkirkan pegawai SPR yang disyaki terlibat dalam salah laku.

Sumber memberi gambaran bahawa beberapa bekas hakim Mahkamah Persekutuan akan terlibat dalam mengendalikan tribunal berkenaan.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa sebuah pasukan telah ditubuhkan oleh Pejabat Peguam Negara bagi membantu tribunal berkenaan.

Difahamkan, bekas pendakwa raya kanan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan peguam M Purvalen turut akan dilibatkan sebagai penasihat bersama bagi pasukan berkenaan.

Sebuah tribunal ditubuhkan kerana seseorang pesuruhjaya seperti juga hakim, hanya boleh dikenakan tindakan oleh tribunal. Seseorang pesuruhjaya boleh menjawat jawatannya sehingga bersara pada umur 66 tahun.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu, SPR diterajui oleh Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai pengerusi.

Mohd Hashim kemudian meletakkan jawatan selepas keputusan PRU ke-14 diumumkan dan digantikan oleh peguam Azhar Harun.

Pesuruhjaya lain termasuklah Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood dan anggotanya Datuk Md Yusop Mansor; Datuk Abdul Aziz Khalidin; Sulaiman Narawi; Datuk K. Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong.

[Baca berita asal]

Lihat Komen