malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Kos lawatan rasmi PM, delegasi ke luar negara RM6.38j
Diterbitkan:  Oct 15, 2018 6:15 PM
Dikemaskini: 11:47 AM
ADS

PARLIMEN | Putrajaya membelanjakan RM6.38 juta untuk lapan lawatan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan delegasinya sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

"Perbelanjaan ini dibayar berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980," kata jawapan bertulis parlimen daripada Jabatan Perdana Menteri hari ini.

JPM juga berkata perbelanjaan ini turut meliputi pegawai pengiring yang hadir bagi setiap lawatan rasmi perdana menteri.

Semenjak menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir telah mengunjungi Indonesia, China, Japan, Brunei, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom.

Beliau dijadualkan melawat Thailand bulan hadapan.

Sebelum ini, pentadbiran BN enggan mendedahkan jumlah perbelanjaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke AS pada September 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datu Azalina Othman Said berkata kos perjalanan sebagaimana yang diperuntukkan dalam belanjawan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen