malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

Calon Umno Datuk Seri Ahmad Hamzah mengekalkan kerusi parlimen Jasin di Melaka.

Ini selepas Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal oleh Ahmad terhadap petisyen yang difailkan calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali berkata petisyen itu sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi Melaka kerana kerusi itu terletak di negeri berkenaan dan bukan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata atas sebab ini sahaja beliau dibenarkan untuk membatalkan permohonan berkenaan.

Hakim Ruzima juga memutuskan percanggahan dalam Borang 14 selepas undi dibuang tidak akan menjejaskan integriti pilihan raya.

"Terdapat dua lagi sebab untuk menolaknya tetapi berdasarkan dua hujah ini sahaja telah mencukupi untuk membatalkan petisyen (pilihan raya) ini," kata hakim.

Hakim Ruzima mengarahkan Khairuddin membayar kos RM20,000 kepada Ahmad dan RM5,000 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen