BERITA

Menantu Zahid turut disiasat SPRM

11 Oct 2018, 9:06 am

Dikemaskini 2 tahun lepas

A
+
A
-

Menantu kepada Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff turut diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya.

Sumber SPRM memberitahu, Saiful Nizam yang merupakan suami kepada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid juga disoal siasat berhubung kes sama iaitu berkaitan penyelewengan dana sebuah yayasan.

“Memang benar, SPRM hari ini memanggil menantu Ahmad Zahid (Saiful Nizam) untuk diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi.

Saiful Nizam merupakan individu terbaru yang dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan dan dipercayai telah selesai diambil keterangan pada kira-kira 1 tengah hari tadi.

Semalam, Nurulhidayah turut memberi keterangan dipercayai berhubung kes sama.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.