malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Fenomena air pasang besar resahkan nelayan Perlis
ADS

Mereka sebelum ini tidak ke laut untuk menangkap ikan hampir sebulan kerana cuaca tidak menentu, kata Pengerusi Persatuan Nelayan negeri itu.

Fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku selama tiga hari sejak malam tadi memberi tekanan kepada lebih 1,000 nelayan pantai di negeri ini.

Mereka sebelum ini tidak ke laut untuk menangkap ikan hampir sebulan kerana cuaca tidak menentu yang menyaksikan berlaku angin kencang, hujan lebat dan petir sehingga membahayakan bot-bot kecil, kata Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perlis (PNNPs) Mahazan Sudin.

Beliau berkata nelayan pantai yang menggunakan sampan atau bot kecil untuk menangkap ikan kembung, udang dan ketam dalam jarak lima kilometer dari pantai paling terkesan.

"Pendapatan mereka (nelayan pantai) boleh dikatakan hanya cukup untuk sara hidup. Jika tidak turun ke laut (tangkap ikan) bermakna tiada pendapatanlah," kata Mahazan kepada Bernama hari ini.

Majoriti nelayan di Perlis mengharapkan wang bantuan sara hidup daripada kerajaan untuk menampung perbelanjaan harian, katanya sambil menambah pendapatan nelayan pantai tidak menentu tetapi tidak lebih RM600 sebulan.

Pada masa ini, kerajaan memberi bantuan sara hidup antara RM250 dan RM300 sebulan kepada nelayan pantai.

- Bernama

Lihat Komen