malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Tiada arahan untuk tangkap, dakwa Zahid esok - sumber SPRM
ADS

Tidak ada arahan kepada SPRM untuk menangkap dan mendakwa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan untuk membantu siasatan suruhanjaya itu di ibu pejabatnya di Putrajaya esok.

Sumber yang rapat dengan siasatan, memberitahu Malaysiakini bahawa penyiasat SPRM hanya mahu menyoal Zahid esok sebagai sebahagian daripada proses siasatan mereka.

“Ada la kita nak tanya dia pasal siasatan kita. Mana ada kita nak tangkap dia.

“Panggil nak ambil statement (kenyataan) je. Kita dapat arahan untuk datang ambil kenyataan,” kata seorang pegawai SPRM bertaraf tinggi yang tidak mahu namanya didedahkan, hari ini.

Apabila diminta mengesahkan sama ada siasatan pagi esok akan berkisar sekitar dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan, atau termasuk sumber dana dalam akaun bank salah seorang ahli keluarga Zahid, sumber itu berkata: “Kita ada banyak nak tanya. Ada siasatan kita. Saya nak dedah pun tak boleh la.”

Adalah dilaporkan bahawa Zahid diarahkan untuk hadir ke ibu pejabat SPRM esok untuk sesi ketiga dengan suruhanjaya itu sejak BN tumbang pada pilihan raya umum 9 Mei.

Malaysiakini turut menghubungi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, yang mengesahkan bahawa hanya Zahid yang dipanggil untuk disoal siasat. Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.

Sumber-sumber lain sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa Zahid dijangka berdepan tuduhan berhubung dakwaan penyelewengan dana yayasan berkenaan.
https://www.malaysiakini.com/news/446481

Menurut sumber itu, Zahid berkemungkinan besar akan didakwa pada Khamis.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen