malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM panggil Zahid buat kali ketiga
Diterbitkan:  Oct 8, 2018 1:42 PM
Dikemaskini: 5:43 AM
ADS

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, Rabu ini.

Malaysiakini difahamkan bekas perdana menteri itu diperintahkan hadir pada jam 10 pagi.

Setakat laporan ini ditulis, masih belum jelas beliau akan disoal-siasat berkaitan kes apa.

Ini adalah kali ketiga Zahid dipanggil SPRM sejak BN kalah dalam pilihan raya umum Mei lalu.

Zahid sebelum ini disoal berkaitan penggunaan dana organisasi kebajikan Yayasan Akal Budi yang digunakan bagi menjelaskan hutang kad kredit beliau.

Dalam pertemuan lain, Zahid disiasat berkaitan dakwaan beliau bertemu dengan kerabat Arab Saudi yang dikatakan memasukkan wang RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri sebelum ini Datuk Seri Najib Razak.

Lihat Komen