Pengiklanan

    Anwar bakal PM jadi daya penarik pengundi - Mahfuz

    (Dikemaskini )

    PRK PD | Status Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri kelapan diyakini memberi kelebihan kepada beliau untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Oktober ini.

    Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Mahfuz Omar berkata kedudukan Anwar itu menjadi daya penarik bagi pengundi di Port Dickson untuk menyokong beliau.

    Beliau berkata pihaknya percaya keputusan PRK itu akan berpihak kepada calon Ketua Umum PKR tersebut yang juga calon Pakatan Harapan (HARAPAN).

    “Kami selaku komponen HARAPAN akan terus membantu dan dengan komitmen Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri untuk turun berkempen, ia bakal memberi kelebihan kepada Anwar menang dalam pilihan raya kecil ini,” katanya.

    Beliau bercakap kapada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Adnan Othman, seorang daripada enam anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat di Puchong, Selangor, Rabu Lepas.

    Mahfuz berkata pihaknya telah berkempen untuk Anwar dan merancang strategi bagi memujuk pengundi luar dan dalam agar keluar mengundi selain menyebarkan maklumat mengenai tanggungjawab mengundi melalui media arus perdana dan media sosial.

    “Saya percaya rakyat di sini sememangnya mahukan anggota parlimen mereka adalah perdana menteri... dan ini jugalah janji Perdana Menteri (Dr Mahathir) bahawa penggantinya adalah Anwar dan sudah tentu ini memberi manfaat kepada rakyat di sini,” katanya.

    - Bernama

    Belanjawan 2020
    • Infografik
      Carta & Graf
    • Kuiz
      Apa anda dapat?
    • Undian
      Suka atau tidak?
    • Laporan langsung
      Laporan langsung kami

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih