malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
RANGKUMAN PRK PD: Daim tak duduk diam
Diterbitkan:  Oct 7, 2018 12:08 AM
Dikemaskini: 4:12 PM
ADS

RANGKUMAN PRK PD | Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin turun padang bersama penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membantu kempen calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Teluk Kemang hari ini.

Daim yang juga bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hadir majlis minum petang bersama nelayan tempatan berkata pengundi Port Dickson patut menyokong Anwar kerana beliau mampu menyelesaikan masalah nelayan.

Pada majlis yang sama, Anwar menyatakan rasa teruja kerana dapat bergandingan semula dengan Dr Mahathir Mohamad di atas satu pentas pada pilihan raya kecil kali ini.

Setiausaha Agung BERSATU Datuk Marzuki Yahya pula menolak dakwaan bahawa jentera parti itu menunggu kehadiran pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggerakkan kempen membantu Anwar, sebaliknya beliau berkata jentera BERSATU telah diaktifkan sejak 29 September lalu.

Sementara itu calon bebas PRK PD, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini turun berkempen dengan mengutip sampah di pantai Teluk Kemang.

Saiful juga menyumbangkan plastik sampah mesra alam kepada pengunjung di pantai peranginan ini sebagai pemulaan kepada inisiatifnya untuk mengindahkan pesisir pantai itu sekiranya dipilih kelak.

Polis pengiring jaga keselamatan TPM

Menjawab teguran pemimpin HARAPAN menggunakan jentera kerajaan, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen pada PRK PD.

Beliau berkata polis yang mengiringi beliau sepanjang perjalanan ketika berkempen untuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bukanlah diminta sebaliknya ia tanggungjawab pihak polis untuk menjaga keselamatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam kesibukan berkempen di Port Dickson, calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, hari ini berkongsi khabar gembira apabila menerima anggota baru dalam keluarganya.

Beliau dan isteri, Naziroh Yusof, dimaklumkan anak kedua mereka selamat melahirkan cucu ke-10 mereka, seorang bayi perempuan, seberat 3.1 kilogram.

Lihat Komen