malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Anthony: Saya akan selalu naik pengangkutan awam
Diterbitkan:  Oct 6, 2018 6:03 PM
Dikemaskini: 10:07 AM
ADS

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berjanji akan selalu menggunakan pengangkutan awam apabila keadaan membenarkan.

"Saya akan menaiki pelbagai pengangkutan awam ke tempat kerja apabila situasi membenarkan.

"Kalau anda terserempak dengan saya, say hi jer lah," katanya pada suatu hantaran di Facebook.

Hantaran itu turut disertakan sebuah video Loke menaiki LRT minggu lalu. Ketika menaiki tren, menteri itu mendapatkan maklum balas daripada pengguna mengenai perkhidmatan LRT.

Pejabat utama Loke di Putrajaya dapat diakses melalui pengangkutan awam dengan menaiki ERL.

MRT 2 pula sedang dalam pembinaan dan akan menyediakan pengangkutan ke pusat pentadbiran negara itu.

Lihat Komen