malaysiakini logo
story-image
ADS

Daripada mempertimbangkan semula keanggotaannya dalam BN, MCA wajar memberi perhatian kepada usaha memperkukuhkan parti kata anggota parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bagaimanapun kata bekas ketua Pemuda Umno itu jika MCA memutuskan untuk meninggalkan BN, parti masyarakat Cina terbabit boleh digantikan dengan sebuah parti lain yang benar-benar mewakili komuniti berkenaan.

"Saya mahu menyarankan MCA semasa pemilihan parti akan datang supaya parti itu memberi tumpuan kepada isu bagaimana mereka boleh mengukuhkan diri sendiri terlebih dulu.

"Memang mudah untuk mereka menuding jari kepada Umno [...] tetapi jangan lupa MCA hanya tinggal satu kerusi di Dewan Rakyat.

“[...] Mungkin sekarang adalah masanya untuk kita (BN) melihat jika ada sesiapa mahu datang dan mengukuhkan sokongan dalam kalangan komuniti Cina.

"Mungkin MCA dah tak boleh nak diperbaiki... mungkin, mungkin.

"Jika kamu (MCA) dah tak berminat dengan kami, jadi terima kasih dan selamat tinggal. Kami akan mencari yang lain," katanya selepas melancarkan gimnasium kanak-kanak, We Rock The Spectrum di Melawati pagi tadi.

Semalam seorang pemimpin MCA Gan Ping Sieu berpendapat parti itu wajar meninggalkan BN dan menyarankan sebuah pungutan suara bagi memutuskan kehendak ahli.

"BN dibina atas prinsip kebersamaan dan sederhana dan sekarang kita ada sebuah parti komponen yang dominan dalam BN dan mengadakan kerjasama dengan PAS.

"Ini bukan saja lari daripada dasar MCA tetapi apa yang diputuskan BN," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen