malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Staf penjara ke PD beri sokongan moral pada Anwar
Diterbitkan:  Oct 5, 2018 2:43 PM
Dikemaskini: 6:52 AM
ADS

Kakitangan penjara Sungai Buloh turun turut hadir memberikan sokongan moral kepada bekas banduan mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gambar-gambar berkaitan dikongsi oleh Anwar, calon Pakatan Harapan, di Twitter beliau sebentar tadi.

Anwar merengkok dalam penjara itu dua kali, terakhir selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar mendakwa pertuduhan itu sebagai konspirasi politik.

Selepas kemenangan Pakatan Harapan Mei lalu, Yang di-Pertuan Agung memberikan beliau pengampunan penuh.

Berdasarkan gambar, sekumpulan kakitangan penjara itu mengambil peluang beramah mesra, bersembang dan berswafoto bersama.

Anwar bertanding merebut kerusi itu dalam pertembungan tujuh penjuru. Beliau dicabar oleh Saiful, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad, calon PAS dan calon-calon bebas.

Hari pengundian ditetapkan pada 13 Oktober depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen