Pengiklanan

    PKR Perlis adakan pemilihan 21 Okt

    (Dikemaskini )
    Berita

    PEMILIHAN PKR | Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perlis akan diadakan pada 21 Oktober ini, kata Pengerusi PKR negeri Mohammad Faisol Abd Rahman.

    Pemilihan pada hari yang ditetapkan itu akan melibatkan ketiga-tiga cabang di negeri ini iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar seperti dinyatakan melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) hari ini, kata beliau.

    "Proses mengundi dijangka bermula pada jam 9.00 pagi dan akan berakhir pada 5.00 petang," katanya ketika dihubungi di Kangar hari ini.

    Tempat mengundi bagi ketiga-tiga cabang akan dimaklumkan dalam masa terdekat dan diharapkan pemilihan akan berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini, katanya.

    Sebelum ini pemilihan PKR Perlis terpaksa ditangguhkan ekoran masalah yang dihadapi dalam penggunaan sistem mengundi secara dalam talian (e-undi).

    - Bernama

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih