malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Bencana gempa, tsunami: Bulan Sabit Merah lancar kutipan derma
Diterbitkan:  Oct 4, 2018 10:15 PM
Dikemaskini: 2:18 PM
ADS

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) hari ini melancarkan tabung kutipan derma bagi bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Kota Palu dan Donggala, Sulawesi, Indonesia.

Pengerusinya, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata pertubuhan sukarela itu menetapkan sasaran awal untuk mengumpul RM2 juta untuk tabung berkenaan.

Katanya, wang yang dikumpul melalui kutipan derma itu akan digunakan untuk memenuhi keperluan segera mereka yang terjejas akibat bencana alam tersebut, terutama untuk membekalkan air bersih dan kemudahan sanitasi.

“Kami merayu kepada orang ramai, sektor awam dan badan korporat supaya tampil menghulurkan derma kepada tabung ini,” katanya pada siang akhbar di ibu pejabat PBSMM di Kuala Lumpur hari ini.

Tunku Puteri Intan berkata persatuan itu berkomunikasi secara terus dengan Persatuan Palang Merah Indonesia dan menghantar satu pasukan pakar dua anggotanya untuk membuat tinjauan di Palu, Sulawesi, pagi ini.

“Dua anggota itu akan membuat penilaian di lapangan dan mereka akan kembali ke sini selepas lima hari. Kami akan dapatkan maklum balas daripada mereka sebelum membuat keputusan tentang langkah kami seterusnya,” kata beliau.

Sumbangan wang boleh dibuat melalui pemindahan wang secara terus kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Tabung Bantuan Antarabangsa-Sulawesi) menggunakan akaun Maybank bernombor 5144 2210 2657 atau cek/draf bank yang dikeluarkan atas nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan dihantar ke ibu pejabat PBSMM.

Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 7.5 Skala Richter menggegarkan wilayah Sulawesi dan mencetuskan tsunami, yang meragut sejumlah besar nyawa serta mengakibat kecederaan serta kemusnahan di pulau itu.

Sehingga semalam, pihak berkuasa di Indonesia mengesahkan kira-kira 1,400 orang maut dalam kejadian gempa bumi dan tsunami di wilayah berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen