malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
HARAPAN komited mansuh Akta Hasutan - Timb menteri
Diterbitkan:  Oct 4, 2018 9:14 PM
Dikemaskini: 1:17 PM
ADS

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) komited menunaikan janji pilihan raya untuk memansuhkan AKta Hasutan 1948.

"Untuk makluman, pemansuhan akta tersebut belum dimuktamadkan kerana ia perlu melalui proses di Dewan Rakyat dan Dewan Negara (sama seperti proses mansuh Akta Anti-Berita Tidak Benar).

"Kerajaan Pakatan Harapan komited dalam manifesto semasa pilihan raya lalu dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat, namun setiap keputusan perlu melalui proses dan prosedur sebuah pentadbiran kerajaan," kata beliau dalam suatu kenyataan bagi.

Sebelum ini, kenyataan Azis mengenai Akta Hasutan 1948 akan diteruskan sehingga pengumuman rasmi pemansuhan telah dikritik.

"Namun penjelasan yang saya berikan tidak bermaksud saya bersetuju undang-undang itu digunakan terhadap mana-mana individu.

ADS

"Pihak polis hanya menjalankan tugas mereka," katanya dalam suatu kenyataan malam ini.

Adik Lokman ditangkap 

Timbalan menteri juga menegaskan pimpinan kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya Akta Hasutan digunakan terhadap mana-mana pihak.

ADS

"Tidak ada arahan daripada pihak pimpinan kerajaan supaya akta tersebut digunakan ke atas mana-mana individu tertentu seperti didakwa.

"Malah kerajaan Pakatan Harapan tidak menggalakkan supaya akta tersebut digunakan," katanya lagi.

Terdahulu hari ini, penyandang Naib Presiden PKR N Surendran mengkritik penjelasan Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman bahawa polis cuma mengikuti prosedur dalam menjalankan penangkapan di bawah Akta Hasutan.

"Jika beliau terus mengatakan hal-hal sebegini, beliau tidak layak menjadi timbalan menteri," ciap Surendran yang juga MP Padang Serai di Twitter.

Awal hari ini, Azis berkata polis menangkap Azman Noor Adam, adik kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Adam kerana Akta Hasutan masih belum lagi dimansuhkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen