malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Zam: Orang tak simpati pada Rosmah
Diterbitkan:  Oct 4, 2018 12:03 PM
Dikemaskini: 4:06 AM
ADS

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainudin Maidin mendakwa orang ramai tidak simpati pada bekas isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

“Apa yang berlaku pada Najib dan Rosmah ikut perumpamaan Sunda, tarik lidi ke hujung.

“Artinya susah sesudah senang, dari tidur di istana ke lokap. Orang tak simpati pada Rosmah...,” katanya.

Kenyataan di Twitter itu dibuat di tengah-tengah pendakwaan terhadapnya atas dakwaan terlibat dalam pengubahan wang haram dan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Zainudin, bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu, juga berkata orang ramai bersikap demikian kerana Rosmah dianggap membawa keruntuhan kepada Najib.

Lihat Komen