malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah jadi tumpuan media kerana kes Rosmah
Diterbitkan:  Oct 4, 2018 11:41 AM
Dikemaskini: 3:43 AM
ADS

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini menjadi tumpuan pengamal media tempatan dan antarabangsa bagi mengikuti perkembangan pertuduhan ke atas isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Seawal 6 pagi, pemberita dan jurugambar serta jurukamera dari pelbagai agensi media mula berkumpul di luar kompleks mahkamah.

Tinjauan Bernama mendapati lokasi itu dikawal ketat oleh polis.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan Rosmah berhubung siasatan kes pengubahan wang haram setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Rosmah ditahan pada 3.20 petang semalam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Beliau kali pertama hadir ke SPRM pada 5 Jun bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kali kedua pada 26 Sept lepas dan kali ketiga sebelum ditahan semalam.

- Bernama

Lihat Komen