malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak permohonan CEO PetroSaudi untuk ketepi saman DOJ
Diterbitkan:  Oct 3, 2018 9:05 AM
Dikemaskini: 2:05 AM
ADS

Mahkamah di Amerika Syarikat telah menolak pemohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PetroSaudi, Tarek Obaid untuk melepaskan dirinya daripada tuntutan saman berkaitan 1MDB oleh Jabatan Keadilan (DOJ) negara itu.

Mahkamah menolak permohonannya untuk mempertimbangkan semula keputusan 30 Ogos yang menolak permohonan yang sama, tetapi membenarkan permintaannya untuk mengesahkan perintah interlokutori itu supaya ini boleh dicabar di Mahkamah Rayuan AS.

Dalam saman itu, DOJ memohon untuk melucutkan 2.5 juta saham Obaid dalam firma kejuruteraan perisian Palantir Technologies, atas dakwaan dia memperolehnya pada harga AS$2 juta pada 12 Mac 2010 menggunakan wang yang diseleweng dari 1MDB.

Obaid mendakwa bahawa Mahkamah Daerah California Tengah di mana prosiding itu dijalankan tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes itu dan saman untuk merampas saham Palantir berkenaan harus ditolak.

Dia berhujah melalui peguamnya bahawa ini adalah kerana saham berkenaan terletak di luar Amerika Syarikat, dan pemiliknya, adalah warganegara asing yang tinggal di luar negara. Obaid memegang dua kerakyatan iaitu Switzerland dan Arab Saudi.

Di samping itu, dakwanya, transaksi berlaku di luar Amerika Syarikat, dan DOJ tidak menuduh bahawa dirinya bersetuju dengan konspirasi untuk menipu 1MDB.

Dalam menolak usul itu, Hakim Dale S Fisher memutuskan bahawa permohonan itu tidak memenuhi peraturan mahkamah untuk dipertimbangkan semula.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen