malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PAU 2018: MCA tak datang, tepukan gemuruh buat wakil PAS
Diterbitkan:  Sep 29, 2018 9:58 PM
Dikemaskini: 3:54 PM
ADS

PAU 2018 |  Perhimpunan Agung Umno kali ini kelihatan agak berbeza memandangkan selepas PRU14 banyak parti-parti komponen telah meninggalkan gabungan BN, yang kini cuma merangkumi Umno, MIC dan MCA.

Hari ini, pemimpin utama MCA tidak kelihatan di PAU 2018 tetapi sebaliknya delegasi PAS yang diketuai Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula yang hadir ke perhimpunan tahunan itu.

Kehadiran Tuan Ibrahim yang diumumkan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin mendapat tepukan sanjungan hadirin yang bangun berdiri.

Penghormatan diberikan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man sama seperti sambutan ketibaan bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebelumnya.

Hadirin didengar melaungkan slogan "hidup Najib" ketika beliau melangkah masuk dewan.

Turut kelihatan hadir pada PAU 2018 kali ini ialah Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengancam untuk menyingkirkan Umno daripada BN jika parti pembangkang utama itu mengadakan gabungan rasmi dengan PAS tidak kelihatan pada PAU 2018.

Pada hantaran Facebook hari ini, MCA berkata parti itu tidak akan menghantar sebarang wakil untuk hadir acara pembukaan PAU 2018 malam ini.

"Ini kerana MCA memfokuskan pada urusan pemilihan partinya sendiri dan usaha reformasi bagi memastikan semuanya berjalan lancar," kata hantaran itu lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen