malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dakwaan setpol rasuah: Anwar akan jumpa Baru Bian
ADS

Pemimpin tertinggi PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Menteri Kerja Raya Baru Bian esok mengenai dakwaan rasuah terhadap setiausaha politiknya.

Anwar berkata akan bermesyuarat dengan Baru bagi mendapat penjelasan mengenai hal itu yang disifatkannya sebagai cukup menganggu.

Pagi ini, Penyelaras AMK Ahmad Syukri Che Ab Razak memfailkan laporan ke SPRM terhadap setiausaha Baru Bian yang juga calon Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Individu berkenaan dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan tidak kurang RM300,000 ketika pertemuan bersama pemimpin tempatan pada 1 September lali.

"Terserah SPRM untuk menyiasat... Saya secara peribadi membaca laporan dan menonton video (pertemuan yang dikatakan itu) dan sudah pasti ia cukup mengganggu.

"Saya akan bercakap dengan Baru Bian esok bagi mendapatkan penjelasan. Sudah tentu saya merasakan menteri patut ambil maklum mengenai dakwaan tersebut," kata Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pemilihan PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Selepas membuat laporan ke SPRM hari ini, Syukri berkata beliau percaya kontrak dan dana yang ditawarkan oleh pembantu Baru itu sebagai pertukaran untuk undi dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.

Katanya, kontrak berkenaan bagi penyelenggaraan pembangunan dan infrastruktur.

Baru Bian kata tak tolak ansur rasuah

Syukri juga mendakwa, setiausaha politik itu juga memiliki hubungan dengan dua kementerian lain, yang membolehkannya mendapatkan peruntukan lebih lanjut.

Baru dalam kenyataannya kemudian berkata beliau mengalu-alukan sebarang siasatan pihak berkuasa terhadap kementeriannya.

"Buat saya, jika tindakan itu betul ia tak boleh tolak ansur sama sekali, khususnya selepas kami telah berjuang dengan kuat menentang amalan rasuah. Proses undang-undang patut berjalan," katanya.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama pembantu berkenaan sehingga mendapat ulasannya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen