malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
M'sia tetap penting walau tangguh ECRL, kata kontrator China
ADS

Penangguhan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) tidak mematahkan hasrat China Communications Construction Company (CCCC) daripada terus mengutamakan pasaran Malaysia sebagai kepentingan usaha sama luar negaranya.

Pada suatu wawancara di ibu pejabat CCCC di Beijing pada 21 September lalu, syarikat milik negara China itu mendedahkan rancangan mengembangkan perniagaannya ke dalam sektor pembangunan hartanah di Malaysia, khususnya di laluan landasan sepanjang 688 km dari Pelabuhan Klang di Selangor ke Pengkalan Kubor di Kelantan.

"Malaysia selalu menjadi pasaran pilihan di luar China, kami mengutamakan Malaysia daripada segi sumber, dana, model niaga dan inovasi kami," kata Naib Presiden CCCC, Sun Ziyu pada wawancara bersama wartawan Malaysia.

Menurut beliau, pendirian itu cukup teguh pada masa lalu, malahan ketika rantau Asia dan dunia dilanda krisis kewangan.

"Maju ke hadapan, CCCC akan ditransformasi daripada kontraktor menjadi sebuah syarikat EPCC (kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan) kepada pelabur, pemaju, serta pembekal perkhidmatan operasi.

"Kami sedang giat mencari peluang pelaburan untuk membantu membangunkan Malaysia. Sebagai contoh, kami meneroka pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang ECRL.

Pelaburan industri sasaran sepanjang ECRL

"Kami merancang untuk melabur dalam industri sasaran di sepanjang ECRL, dan memimpin pelaburan dari China dan negara-negara lain. Selain pembangunan infrastruktur, kami juga berharap dapat terlibat dalam bidang lain," kata jurutera itu.

"Kami kini memberi tumpuan kepada Inisiatif Jalur dan Jalan I (BRI) dan kami mengambil bahagian secara agresif dalam pembangunan perbandaran.

"Kami bersedia untuk melabur di beberapa kawasan di sepanjang landasan kereta api (ECRL) ... Dengan ini, saya percaya ia akan menggalakkan pelaburan dari China dan negara lain," katanya.

Menurut Sun lagi, CCCC, yang memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1980-an, kini mengusahakan lebih 20 projek infrastruktur di negara ini, di mana lebih daripada 10 projek tertumpu di ibu negara Kuala Lumpur.

CCCC juga merupakan subkontraktor bagi projek LRT3, yang diberi lampu hijau oleh kerajaan HARAPAN dengan mengurangkan jumlah kos kepada RM16.63 bilion.

CCCC juga disenarai pendek sebagai kontraktor MRT3 sebelum projek itu dibatalkan oleh kerajaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen